Khamis, 23 Februari 2012

Tua

Aku balik ke kampung ketika tu atas sebuah urusan…tetapi aku sekadar menemani mak dan bapa aku saja…dalam sibuk2 berurusan aku dan bapa berjalan kaki ke suatu arah…terpandang dari sebelah kanan seorang lelaki tua terjatuh atas denai 'baruh'…di sisinya sebuah basikal tua sambil terikat kemas bungkusan makanan dan minuman…


“La…Pak Lang (bukan nama sebenar) dari mana ni….orang kan dah pesan jangan 'tubik' sorang2 macam ni…tengah matahari terik 'ngening' lagi ni…” Lebih kurang macam tu nasihat Bapa aku…aku diam sekadar menolong menongkat semula basikal tuanya…aku lihat kepala dan tapak tangannya berdarah…tidak kurang bau pakaian yang entah berapa lama tidak ditukar…Pak Lang kelihatan tidak terurus…wajahnya malu sebenarnya…tetapi cuba melemparkan senyuman dan berkata sesuatu.


Aku difahamkan Pak Lang berusia lingkungan 70 tahun ke atas…Bapaku membiarkan seketika Pak Lang mengambil hela nafas…Pak Lang tercungap2 penat disamping menahan darah yang mengalir…dipapahnya supaya berdiri…Pak Lang sebenarnya tidak punya kudrat lagi untuk berjalan…manakan tidak tenaganya sekadar mampu menggerakkan setapak2 langkah… aku sendiri hairan sejak pukul berapa Pak Lang keluar rumah untuk membeli sarapan kerana ketika itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari…melihat kudrat tuanya lagi….


Bapaku terpaksa meminjamkan kereta sorong jiran sekampung yang terdekat untuk menghantar Pak Lang pulang ke rumah…aku sendiri tak sampai hati nak bawa pakai kereta sorong…keadaan terpaksa….jarak lebih kurang seratus meter dari denai 'baruh' tersebut. Untuk memapahnya berjalan mungkin Pak Lang sendiri tidak berdaya lagi…

Berhenti kereta sorong di hadapan sebuah rumah usang…seperti rumah tinggalan orang sejak 5 tahun…buruk…semak samun ditumbuhi lalang…kelihatan bertaburan plastik2 sampah…sisa makanan yang tidak dibuang di atas lantai rumah…bau tidak terkata lagi…aku memapah Pak Lang hingga ke kerusi malas yang dilapik sebuah bantal buruk…”Kenapa nasibnya sebegini….? Biar betul pak cik ni dok rumah ni….?” aku tertanya2 sendirian…aku sendiri pertama kali bertemu Pak Lang.
“Nasib hari tua tiada siapa yang tahu…Pak Lang anak ramai…tapi sorang pun tak ambik peduli…ada la yang balik jenguk…semingu dua minggu sekali macam tu…” Bebel Bapa aku semasa berjalan pulang…aku diam sahaja…sangat simpati…entah siapa peduli mandi pakai Pak Lang seharian. Apa nasib hari tua kita nanti akan dikelilingi riuh rendah anak cucu atau sendirian menunggu mati?


Bukan untuk mengaibkan…tapi waktu muda jagalah hubungan tetangga dengan baik…yang paling penting hubungan kita dengan Allah…” Bapa aku terus menambah lagi…mungkin Pak Lang ada sejarah kurang baik ketika muda dahulu…aku tidak bersoal lagi…cuba memahami perkara yang dimaksudkan. Kasih Allah menasihati diri melalui insan yang lalu…moga Pak Lang diampunkan dosa dan dirahmati-NYA. Sebelum keluar dari rumah buruk Pak Lang…aku terpandang ditangannya masih digenggam tasbih…



1 ulasan: