Jumaat, 7 September 2012

Satu

Hampir sedekad Cikgu Najib telah berkhidmat sebagai seorang cikgu dikampung halaman sendiri. Berbagai pencapaian dan anugerah telah diterimanya dari kenaikan gaji melintang. Anugerah pekerja cemerlang selama 3 tahun berturut-turut, Cikgu contoh dan Sebagainya. Boleh dikatakan tidak terkira bilanganya. Sejumlah  pingat juga telah diperolehi dari jasanya sebagai pendidik anak bangsa tetapi tidak hairan lah jika beliau menerima pingat dan imbuhan yang berturut-turut kerana kesungguhan beliau dalam mendidik tidak pernah terlintas di fikiran cikgu-cikgu yang seangkatan denganya. Walaupun begitu beliau juga terkenal dengan kebengisan beliau dalam mendidik anak bangsa sehingga setiap kejayaan yang diiginkan beliau kecapi sepenuhnya.

Setelah sedekad disekolah yang sama. Mata pelajaran yang diajarnya juga tetap sama iaitu Matematik tahun satu hingga tahun enam dan dia juga mendapat gelaran Cikgu Najib Sifir kerana sentiasa menyoal budak-budak dikelasnya sebelum memulakan pembelajaran. Ini juga membuatkan pelajar sentiasa mengingati sifir bagi mengelakkan berdiri diatas bangku selama beberapa slot mata pelajaran matematiknya. Mungkin ini yang dianggap oleh pelajar tahun satu hingga enam sebagai bengis.

Tetapi tempoh sedekad belum cukup untuk membuatkan Cikgu Najib selesa untuk terus berkhidmat dikampung halaman. Hanya kerana melibatkan diri dalam parti pembangkang walaupun sekadar tukang tampal poster. Cikgu najib telah diarahkan bertukar serta merta ke pedalaman sabah yang tidak pernah terlintas  difikiranya. Demi memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Cikgu Najib telah melaporkan diri serta merta mengikut surat yang telah dikeluarkan walaupun hati mengatakan itu satu pemaksaan dan terfikir di fikiranya dimanakah keadilan. Kalau tidak melaporkan diri mungkin tindakan tatatertib akan diambil.

Walaupun telah melaporkan diri. Dengan ihsan guru besar sekolah baru itu, beliau telah diberi cuti tanpa rekod selama seminggu bagi menguruskan keluarga dan kediamanya disana. Genset adalah Merupakan perkara utama bagi cikgu najib supaya mereka sekeluarga tidak bergelapan dan tidak terlepas berhubung dengan dunia luar walaupun hanya terpaksa menonton rancangan saluran 1 dan 3 sahaja. Almaklum lah kan astro lom ada di kawasan kediamanya.

"tengok tu lah yang. Nasib abe ni sama dengan dia tu lah yang. Dia tunjuk punggung ko najib keno buang kolej. Abe ni kena hantar puncok alam ni mugo terlibat ngan parti pembangkang, tu pon jong tepek poster jah."najib bersuara..

Isterinya Cikgu Najib yang leka menonton saluran 3 pula lantas menjawab" tapi ayang plek jugak bang. Tunjuk punggung kat najib kena buang kolej. Kalu rogol budak bleh bebas dengan alasan kerana kepentingan sukan untuk negara"

Cikgu Najib hanya senyum mendengar keluhan hati seorang isterinya yang tidak pernah berhenti menyokong segala tindak tanduk Cikgu Najib

Seminggu telah berlalu, Cikgu najib telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan anak bangsa. Hari pertama memulakan tugas, belum pun sempat bersalaman dengan cikgu besar.

Cikgu Besar terus menyapa "Cikgu Najib dulu terkenal dengan sistem pembelajaran matematik Cikgu disekolah lama kan??. Memandangkan kita kekurangan cikgu matematik, saya harap cikgu dapat mengajar matapelajaran yang sama pada murid-murid di sekolah ini"

Cikgu Najib hanya tunduk mengiyakan apa yang telah dikatakan oleh Cikgu Besar sambil tanganya masih bersalaman.

Hari pertama mengajar adalah murid tahun satu. Oleh kerana murid ini baru memulakan pembelajaran, terpaksalah cikgu najib mengajar dari asas matematik dan sedikit berlemah lembut.

"Assalamualaikum dan Selamat Pagi cikgu" serentak salam ditujukan murid tahun satu kepada Cikgu Najib

"Waalaikumussalam dan Selamat Pagi murid-murid" dengan suara yang lembut dan wajah ceria cikgu najib menjawab.

Sesi berkenalan adalah sesi wajib bagi setiap guru yang baru masuk kekelas seperti Cikgu Najib sekarang. Terdapat berbagai bangsa dan budaya didalam kelas Cikgu Najib sekarang berbanding di sekolah dulu yang majoriti adalah melayu.

Habis jer sesi berkenalan Cikgu Najib terus meluru ke papan tulis dan menulis angka 1-10. Itulah asas bagi pembelajaran matematik tahun satu. Cikgu Najib meminta untuk semua murid mengikut apa yang akan disebutnya.

Apabila Cikgu Najib menyebut saja angka SATU..murid-muridnya terus menyambung MALAYSIA dengan nada serentak. Berkali-kali Cikgu Najib cuba untuk beralih kepada DUA, tetapi SATU akan terus disambung oleh murid-murinya dengan MALAYSIA dengan lantang.

Mungkin perlu diubah dalam pengiraan pikir Cikgu Najib..SATU..MALAYSIA..DUA..TIGA..EMPAT..dan seterusnya..atau penagaruhnya masih kurang disekolah itu berbanding dahulu..atau pengiraannya telah salah??????..