Ahad, 26 Jun 2011

Gaal Maju..

Selepas saja murid- murid memberi salam..terus cikgu zaki bertanya kepada muridnya

"Ada tak sape-sape tahu kenapa Gaal lebih maju dari kampung lain" 

Sambil duduk dimeja..Satu persatu diajukan soalan tersebut kepada muridnya..

Bermacam-macam jawapan daripada pelajar.dan semua jawapan tersebut hanya dibalas dengan gelengan kepala cikgu Zaki..

Dek kerana cikgu zaki merupakan cikgu fizik..Terdapat juga pelajar yang mengaitkan ilmu fizik dengan soalan tersebut.. tetapi tiada satu pun jawapan yang tepat..Setelah semua jawapan yang diberikan tidak tepat dan langsung tidak berkaitan dengan soalan..

Maka cikgu zaki memberikan jawapan kepada muridnya.
.
"Gaal lebih maju kerana penduduk Gaal tak makan BUDU..dia orang makan SOS BILIS"

Sambil ketawa cikgu zaki juga memberitahu dek kerana SOS BILIS lah dia berjaya menjadi cikgu kerana sos bilis adalah pendapatan keluarganya.




1 ulasan: