Selasa, 28 Februari 2012

Sonata Musim Padi

     Sudah diraut sudah dipaut, dengan aksi syok sendiri aku melayangkan pemikiran apabila aku akan cuba melakukan ayunan kemegahan nanti. Keseronokan, keasyikan dan kemeriahan bunyinya mungkin akan mampu memberikan satu senyuman kepuasan.

     Turun saja ke pentas pertarungan yang begitu luas, Aku terus melakukan persiapan secepat mungkin. Keghairahan mungkin mengatasi keadaan buat masa sekarang. Dengan semangat anak kampung dan juga sifat kelelakian terus saja aku melakukan beberapa ayunan tetapi semuanya aku tewas dan merudum menyembah bumi.

     Sekali lagi daya tegangan dan daya tujah cuba digabungkan. Ini hanya semata mata untuk aku buktikan aku lelaki yang tidak akan tewas di medan perjuangan. Nasib masih tidak menyebelahi aku, tahap ketengangan langsung tidak mempengaruhi keadaan.

     Aku menjadi semakin ghairah untuk cuba melakukan ayunan seterusnya, tetapi nasib tetap tidak menyebelahi aku. Aku tewas dalam pertarungan dan hanya perasaan ghairah yang memuncak. Mungkin faktor usia dan pemgalaman mempengaruhi situasi dan keadaan. Maklumlah, tu semua pun berlaku tidak kurang berbelas tahun yang lalu. Waktu tu pun aku masih disekolah rendah.

     Aku cuba bersandar menenangkan diri dan melepaskan kepenatan setelah puas aku menhayun walaupun hanya kekecewaan yang aku dapat.Aku nekad, aku akan cuba tunjukkan bakat dan kehebatan aku walaupun tu "first time" aku dapat bermain dan membelainya.

     Terus kurentap tshirt kebahu setelah kering peluh didahi. cuba untuk aku melenjan sepuas hati, janji apa yang aku dapat ialah kepuasan bermain dengannya. Sekali lagi cuba ku ayun dengan penuh perasaan walaupun peluh kembali menitik kebumi. Aku tidak mahu dianggap lemah, Hampir terkoyak balutan tubuhnya akibat tujahan pasak yang tepat kebumi apabila ayunan dilakukan.

     Akhirnya aku terpaksa akur yang aku telah tewas untuk kali pertama dan tidak bermakna aku akan tewas selamanya. Petang itu aku terpaksa akur yang aku tewas untuk menaikkan wau pertama hasil kerja tangan aku. ' mai lah awok-awok..kita balik wak semula tule belake wau ni..keras bedooh bakali nih.."itu saja kata-kata dan juga kesimpulan yang dapat aku buat setelah tirai senja berlabuh.

    Berteraskan pengalaman itu membuatkan aku sudah pandai untuk menjadikan sebuah wau untuk berada dipuncak awangan. Semua kenangan hanya tinggal kenangan. Buat masa sekarang tiada lagi keriangan bermain wau dikampung-kampung. hanya ipad yang diperlukan kerana angry bird mengatasi keadaan dan kepakaran.




    

 

1 ulasan:

  1. kisik buluh biar mollek sayap tu. tule blake takdok hal

    BalasPadam