Jumaat, 16 Disember 2011

Wausobek

                                            wau sobek pokhing


treeettttttttttt..Bunyi orang gaji jepun selesai membasuh.Aku bingkas meninggalkan kerja menampal kasut yang telah sekian lama koyak. Nasiblah Tuhan mencipta kasut tu tak dapat berkata-kata..Kalau tak memang aku sudah lama dimaki hamun oleh kasut.

Apa aku kisah. janji petang nanti boleh join main bedminton. Aku terus menyidaikan pakaian untuk mengelak daripada berpentik sawo. Orga kawan kelantanese aku masih dilaptop sambil melayan jiwa. Sekali sekala kedengaran dia ketawa. Mungkin melayan cerita lah agaknya.

"Saja nok peringat..Kita manusia  ni ibarat wau atas langit. Tak lepas dari teraju walaupun setinggi mana terbang atas langit . Walaupun suko setaro mana ikut susur angin. Kena ingat wau tetap tak kan terlepas dari tali hok ikat teraju dia." itulah skrip yang aku dengar daripada cerita yang dilayan oleh mat kelantanese yang berjaya seperti Orga.

Skrip tadi membuat aku teringat pesan seorang bapa kepada anaknya.

"Kita ni kena ikut resam ikan.  Walaupun sedalam mana ikan tu menyelam didasar laut. Isi ikan tu tetap tak kan menjadi masin. Air laut lagumana sekali pun. Tak kan bulih uboh rasa isi ikan"

Kadang-kadang kiasan dan perumpamaan seperti ini lebih banyak menyedarkan kita apabila keadaan menimpa.

Sabtu, 10 Disember 2011

Sebalik orang kampung

Cerita saya ni seminggu sebelum balik kampung. Sewaktu saya balik cuti

Saya duk menengung di kepala tangga.
Duk ralik perati tengok ko pakdo isa laki bini.
Nok make lauk wak buko poso. Satu keluarga berambat guling bating pitah serati.
Bercawat jate pulok pakdo panjat nyo.
Golok dipinggang ikat mutar di atas palo.
Kalaulah berlawan dengan beruk pun laju pakdo.
Beruk grenti akat tangan.oooooooooo "slendar pakdo lagi teror"
Setakat menyayur, gulai, blake rumoh serbo ado.
Tak payah gi kedai tak payah keluar belanja.
Tanah berekar ekar bulih nanam bulih mero.
Kalu gawat balik lah satu malaysia. Rilek jah pakdo.

Jauh tok serupo nga saya dok bandar.
Punya lah sekso kalu bini kato "Abe nok gulai"
brommmmm.Stat keto, supermarket, kedai besar tempat mahal.
Baru sutir nyo kena dekat dua riyal.
Ambo dibandar dengan jiran tak rajin bertengkar, tok penah bergurau
Duduk sebeloh pagar nama pon tak kenal
Lu..Lu..gua..gua..Gua punya hal. Lu apa pasal.
Selisih bertembung akat kening akat mata.
Buke kate sombong. Doh sama-sama beso.
Maye terawih pon kosong
Saf pertama belakang tok iman jah ada.
Kalu tempat gotong royong penuh semuanya ahli jawatankuasa saja.
Baru-baru ni kereto jiran ore mari tarik.Saja duk dalam diam kurung dalam bilik
Bukan tok berani saja malas keluar takut sabit.
Sebab kereto saya sendiri pon jenis kereto sakit.
Seminngu sebelum rayo. Sewaktu saya balik cuti.
Lapang rasa dada. Sejuk dalam hati. Tengok anak dara arwah pok su Ali.
Come doh so, baik, warok pulok sekali.
Malam lepas iso, Syahdu ambo dengar.Sedapnyo soroAl-Quran dia hafal.
Keluar so..so..supo dengar dalam spekar.
Kalu buat bini mudo..ssssssshhhhhhhh..Bini tua pun bulih tupe belajar.

Jauh tok serupo dengan jiran hok jiran sebelah alik kiri.
Jiran umoh ambo di kolumpo. Anak drebar teksi.
Baru tingkatan tigo dah breti ngaji.
Tak tahu nok jadi gapo. Hidup ko mati.
Rambut hok ite dia gi celup kuning.
Di telinga ada limo subang. Tiga tambah atas kening.
Skirt pon ketat , baju jare kemah keming.
Tok lebai tok iman tengok pon. Dua tiga kali jeling.
Bila masuk isa. Hujung-hujung ngorib. Ada muto ada keto penuh berebut mari ambik.
Tak tahu bawak gi kemana. Kadang-kadang tok balik.
Supo teksi ayah dia, asal ko tambang sapo-sapo pon bulih naik.

Sekali seminggu sebelum kelik cuti
Hati ambo berkato " Duduk kampong baik lagi, Agama demo jaga, Adat budaya nilai murni"
Dok bandar ni sudah tak dop gapo. Hilang jati diri.


mood : Balik kampong .
Tq hasil nukilan abe beri.

             kampung lembah disenja hari

Rabu, 30 November 2011

kalam dan roba

Kalam : Saya minta maaf. Roba
Roba : Utk apa? Awak x buat salah pun.
Kalam: Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Roba: Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih. :) . .
Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai ROBA di atas & kita pula sebagai KALAM  Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) & akhirnya hilang(meninggal dunia) Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan.
 

Isnin, 21 November 2011

Sejenak

                                          masjid pasir puteh


Setiap kali memasuki masjid ini. Aku mesti teringat kate-kate hikmat budak kampung yang sentiasa tidak lekang dari menjalankan kewajipan kepada yang Esa.

"Rock pon rock jugak.Luar soyok pon luar soyok jugak, Sek keto pon sek keto jugak.Awek pon awek jugak.Hok wojik kena buat" pa bersuara sambil letok cotek pioh atas palo.

Rabu, 16 November 2011

OKU

Dulu dialah jaguh. Dialah juga handalan. Tetapi bila menghirup kopi bersama dialah teman ketawa aku. Dek kerana umur yang telah dimamah usia, dia juga boleh diibratkan seperti bapaku kerana usianya yang sebaya dengan bapa . Tetapi nostalgia kehebatan dan kehandalanya tetap menjadi bualan. Tetapi 'seteru' tetap ada dimana-mana.

Sehinggalah sekarang, walaupun dia sudah mempunyai penyakit pakej 1malaysia, 'seteru'nya tetap ada. 'Ralek' aku menghirup kopi dengan sup gearbox.

"Woiiiiiii nate, mun ni xreti baso ko!!!!!!!!" jerkah seorang budak hingusan kampong sebelah

Semua penghirup kopi tegar berpaling memerhatikan dari siapa suara gerangan itu. Aku terus bangkit dari kerusi dan pergi kearah budak tersebut. Aku memang sudah tahu itu 'seteru' dia terun temurun dek hanya kerana sebidang tanah getah berpuluh tahun dulu.  Mungkin ini adalah seteru generasi ketiga bagi dia.

"Guano demo mari wak kure ajar nihhhhh..kecek molek gak ngan ore tua" Aku bersuara lembut gemalai

"Nate ore tua ni nihh..baso xreti baso..dok gilo harto ore" jawab budak tadi dengan menengking.

"Reto mung ko" aku mula meninggikan suara

"Gak bukan reto mung pon..mun sibuk apo..ari nih aku nok gocoh dengan mun nate ore tua" budak hingusan masih menengking

Ayah menarik tanganku dan menenangkan aku kerana dia cukup tahu itu bukan urusan aku dan dia cukup tahu aku juga mempunyai sikap seperti dia..

"Duk abe, biar dia wak kiro dulu dengan pokcik mun. Pahni gian kito" kata abah sambil mengheret tanganku.

Dia yang tadi tidak berpaling kepada budak tersebut terus bagun dan bersemuka. Semua tetamu 'Haji balik hari' memerhatikan dengan tenang. Mungkin mereka tidak mahu masuk campur dek kerana budak itu mungkin tidak menegenali  latar belakang orang yang dijerkahnya.

"Mun nok gocoh dengan aku dok" suara garau pakcik mengjerkoh budak hingusan tadi

"Mun letok parang golok mun..kita gocoh doh rasa mun nelang gak" balas budak tadi

Aku dan yang lain hanya memerhati walaupun hati mula merasakan suhu panas melampau walaupun cuaca sejuk.

"Gini menate budak..kalu mun gocoh dengan aku..takdirnyo mun menang..ore tok sohor..kalu takdirnyo aku menang mun malu besar seumur hidup..Ore akan kate ko mun..Wak malu jah gocoh dengan OKU pon kaloh"jawab pakcik dengan selamber badak.

Hahahahaha..Semua yang ada dikedai hanya ketawa mendengar statement yang dikeluarkan pakcik..Aku yang tadi mendidih masih boleh ketawa dengan statement maut pakcik. Aku juga baru sedar yang statement tadi dikeluarkan pakcik kerana jumlah keseluruhan jari tangannya hanya tinggal 3 batang kerana kehandalanya pada zaman lampau.

"Dohhhh..dohhhh..gi balik lah mun..ni buke urusan mun..ore tua mun patut mari bince" ayah mula bersuara sejak diam dari tadi.

Memang keotaian ayah masih ramai yang tahu. Budak tadi dengan perasaan bodoh terus "blah"..Mungkin dia juga mahu ketawa dengan statement yang dikeluarkan pakcik, tetapi malu dek kurangnya sifat Menghormati orang tua.

"Lari kelik doh ehhh..baru aku kato gitu jah. tokdan aku gocoh lagi" Pakcik mula bersuara bangga

Statement tadi lah yang menjadi  gelak kami semasa naik haji tanpa visa dan paspot sehingga terbenamnya ufuk senja.

Selasa, 25 Oktober 2011

Istilah

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping lagi duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Pembohongan Ibu

Bohong..............Memang kadangkala daripada pembohongan itu 
lah kita akan kembali mengingatkan mereka. Kadangkala juga pembohongan ini menyebabkan tergurisnya hati dan perasaan kita. Pombohongan boleh aku katakan sebagai satu fitrah kehidupan masyarakat kita. Tetapi aku kadangkala mengalirkan air mata dengan pembohongan ibu sendiri.

Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai
seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.
Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk aku.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk aku,ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar.".

Ketika aku mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang aku makan tadi.
Aku sedih melihat ibu seperti itu.
Hati aku tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, aku memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan aku, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, aku terjaga dari tidur.
aku melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Ibu , tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.
ibu sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar aku lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut aku dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum.
Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus."

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik aku baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu ibu.
Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi ibu tidak mahu.
Ibu rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu , pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu ada duit."

Setelah tamat pengajian di universiti, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian aku di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang, kemudian aku pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian aku, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan aku , ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan aku.
Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam aku menerima berita ibu diserang penyakit kanser.
Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Aku menjenguk ibunda tercinta.
Aku melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah aku dengan penuh kerinduan.
Ibu menghadiahkan aku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Aku dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Aku menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.
Aku cium tangan ibu, kemudian aku kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati aku terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan terakhir itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: IBU, SAYA SAYANGKAN IBU!
Tapi tidak aku. Sehingga kini aku diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun aku membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan aku. AKU SAYANGKAN IBU...!!!