Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan Perantau

          Entah kali ke berapa aku menyambut Ramadhan di perantauan. Sejak mengenal erti dewasa jarang dapat aku bersama keluarga menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.Di zaman persekolahan aku terpaksa menyambut ramadhan di asrama..Tetapi harapan menyambut ramadhan bersama keluarga tetap dihati kecil ini. Selangkah pula aku ke alam pekerjaan rupanya semakin jauh aku untuk menikmati  juadah berbuka bersama keluarga.
    
          Bermula alam pekerjaan di Rawang. Lagi sekali jiwa dan naluri seorang anak diuji apabila masih perlu menjamah nasi bungkus apabila berbuka. Tahun 2008 aku di undang pulang ke Kota Bharu dan menjadi anggota terminal. Tetapi undangan sekadar harapan apabila aku terpaksa mendengar sayup laungan azan berbuka puasa hanya di motosikal atau di corong radio kereta.

          Sekarang angka sudah ke 2011, aku juga sudah bergelar suami walaupun suami PJJ. Tetapi benak dan jiwa seorang suami dan juga anak masih teruji apabila tahun ini genap 3 tahun aku menyambut ramadhan di perantauan borneo.Aku tetap rindukan suara abah yang selalu mengejutkan sahur ketika zaman kecilku dan suara mami memarahi aku apabila aku terus menyambung lenaku.Terngiang juga suara isteri bertanyakan apa juadah untuk ku..

          Maafkan aku Abah., Mami dan Sayangku kerana terpaksa membiarkan kegembiraan ramadhan kita sekeluarga berkubur sekian lama. Mungkin ada rahmat disebalik bulan keberkatan..

2 ulasan:

  1. kita serupo.

    kalu demo balik. bagitau. ada maso ambo cari demo.
    ambo masih berhutang kepok sekilo dgn demo. malas nak pi pejabat pos la.

    BalasPadam
  2. haha..
    xdop masalah cikli. ada masa ada kelapangan ketemu kito..

    BalasPadam