Rabu, 22 Februari 2012

Jangan terlalu mendongak.

     Kadang kala kita sebagai manusia kita akan mudah lupa. Mungkin pangkat atau darjat menjadikan kita mendongak dan melompat lebih tinggi. Tetapi dalam kealpaan itu kita pula lupa sesekali untuk meneliti dan mendongak kebawah kerana mungkin kita takut akan situasi "gayat".

     Kehidupan yang tenang tanpa dihalang oleh kewangan menjadikan kita mula tidak berfikir dalam berkata-kata. Tetapi hakikat yang nyata perlu kita terima adalah kemungkinan adanya penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh insan lain dek kerana petahya mulut berbicara.

     Walaupun setinggi mana kita mendongak. Sesekali pandanglah kebawah dan tunduk seketika samada kedudukan kita semasa mendongak adalah di titik noktah sebenar yang nyata atau pandangan semata-mata. Kita kadang-kadang lupa akan batu dan kayu yang berada dibawah mampu menjatuhkan dan menggulingkan kita seketika tatkala kita leka semasa mendongak tinggi.

     Sebagai hambaNya, kita tidak dihalang untuk mendongak dan memikirkan akan kebesaranNya. Tetapi jangan pula kita lupa untuk mengamalkanya. Kerana kita hanya memohon petunjuk dan kurniaan dariNya dan janganlah kita angkuh dengan pemberianNya. Tunduk dan bersyukurlah atas hikmah kurniaanNya kerana tatkala kita sedang mengecapi kurniaaNya, masih ada insan yang masih mendongak dan memohon akan Pertolongan dariNya.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan